KEJAYAAN DATANG MASJID
(2x) حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ
(2x) حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ
Marilah mendirikan solat. (2x)
Marilah kepada kejayaan. (2x)
Kejayaan, setiap kali perkataan ini mucul, 2 benda saya fikir.
Surah Al Asr
Surah Ali Imran 185
Berkenaan surah pertama, ada 3 perkataan yang mesti dihighlightkan.
Masa: Masa didunia, bagaimana dimanfaatkan
Kerugian: Masa disia siakan akan beri rugi pada diri sendiri.
Iman dan Amal Soleh: Saling berkait.
Buya Hamka menjelaskan poin ini dengan beberapa formula.
-Akidah + Ibadah = Agama
-Iman maka Taat
-Taat kerana Iman
-Iman - Taat = Bukan mukmin (Nur:47)
-Ibadah - Akidah = Ibadah sia sia (Nur: 39)
Cuba teka, siapakah ahli ibadah paling soleh akhirnya dikutuk kerana tidak taat perintah sujud pada manusia? Siapa ya?
Itulah Iblis yang beriman tapi menolak perintahNya.
Bagaiamana harini, ramai berperangai Iblis. Menscarykan.
Apa antonim kerugian? kejayaan antaranya.
Dalam surah kedua diatas ada sebutkan kejayaan sebenar.
Jauh dari neraka, masuk syurga.
Maknanya tak sedikitpun ke neraka, terus masuk syurga.
Siapa ingat dulu motivasi kita adalah; “Kalau solat, dapat masuk syurga. Dapat pahala!” Kini semangat itu hampir menghilang. Pemuda harini memilih solat nanti secara seorang dan malas ke masjid. Paling menakutkan solat ditinggalkan. Padahal masjid itu banyak sekali pahala yang trersimpan, padahal mereka ada kaki boleh jalan, tahu solat tapi jarang menjejakkan kaki ke masjid. Kerana tiada motivasi ke masjid.
Imam Nawawi menghasilkan buku motivasi terbaik, Riyadhus Shalihin yang menghimpunkan amalan dan kesannya agar kita istiqamah dalam beramal.
Jangan Malu kalau tak tahu ,
Kerana Belajar bukan nak jadi Pandai,
Tetapi nak Jadi Hamba Allah.
Belajar Bukan Nak Jadi Bijak,
Tetapi nak Jadi Kekasih Rasul.
(Dato Ustaz Kazim Elias)

Comments
Post a Comment