Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2024

AKU DAH SAMPAI

 AKU DAH SAMPAI List what sunat to do sebelum masuk masjid أَعوذُ بِاللهِ العَظِيـمِ، وَبِوَجْهِـهِ الكَرِيـمِ وَسُلْطـَانِه القَدِيـمِ، مِنَ الشَّيْـطَانِ الرَّجِـيمِ  (Baca doa ni, syaitan x goda sehari) Selawat Rasulullah SAW bersabda, "Jika salah satu di antara kalian itu masuk masjid, salam lah kepada Nabi SAW (bershalawat), kemudian berdoalah, اللهم افتح لي أبواب رحمتك  'Ya Allah, buka lah pintu-pintu rahmat-Mu untukku.' Ketika keluar, "Ya Allah, sesungguhya aku memohon fadilah kepada-Mu." Basmalah Kaki kanan List what sunat to do in masjid Niat iktikaf Solat Baca quran Zikir Niat iktikaf Solat sunat Tahiyyatul Masjid  نَوَيْتُ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ للهِ تَعَالَى  Abu Qatadah Al-Ansari R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila salah seorang dari kamu masuk ke dalam masjid maka janganlah dia duduk sehingga dia selesai solat dua rakaat. Riwayat Al-Bukhari (1167) فِيْ بُيُوْتٍ اَذِنَ اللّٰهُ اَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيْهَا...

AIR PENYUCIAN PART 2

AIR PENYUCIAN PART 2 Hukum baca Basmalah pada Wuduk: Sunat Lupa baca pada pemulaan, baca ketika ambil wuduk. Lupa baca pada pengakhiran, wuduk tetap sah Malah setiap pergerakan wuduk ada bacaannya yang dilakukan ulama salaf! Selepas baca Bismillah: Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air ini suci. “Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” (QS. Saba': 13) Kumur: Ya Allah berilah ku minum dari telaga nabi Mu (Al Haudh) segelas yang apabila meminumya tidak akan dahaga selamanya. Baginda bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud :  “Kolamku luasnya sebulan perjalanan, airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada bau kasturi dan bekas minumnya sebanyak bintang di langit. Sesiapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.” (Riwayat al-Bukahri dan Muslim) Cuci hidung: Ya Allah, janganlah engkau halangi daripada wangian dari nikmat dan syurga Mu. "...bau syurga itu dapat dikesan baunya dari sejauh perjalanan tujuh puluh tahun”  [H...

MELANGKAH PENUH PAHALA

 MELANGKAH PENUH SEMANGAT Pernah main Subway Surf? Setiap pemain pasti akan target untuk mencapai high score dan mengumpulkan banyak duit, kan? Begitu juga jalan ke masjid. Siap berwuduk dan jawab azan, misi utama kita adalah solat ke masjid. Ini ada beberapa motivasi ke masjid. Rasulullah bersabda,  “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti pahala orang yang haji yang sedang ihram.” (HR: Ahmad 22304, Abu Daud 558. Dinilai Hasan oleh Al-Albani) Diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Jabr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak akan disentuh oleh api neraka kedua kaki hamba yang berdebu menuju ke jalan Allah. Riwayat al-Bukhari (2811) Malah ada ada waktu tertentu yang beserta ganjaran! Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:  "Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang hari." (HR B...

PANGGILAN DARI KELALAIAN

  PANGGILAN DARI KELALAIAN Nikmat suara apa gunanya jika tidak digunakkan. Jiak kita tahu dah masuk waktu, ambil kesempatan alunkan azan. Kalau buat baik, buat apa Bilal marah? jangan gentar bila benar. وَمَنْ اَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّنْ دَعَآ اِلَى اللّٰهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَّقَالَ اِنَّنِيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?” (Fussilat: 33) Baginda SAW bersabda:  "Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun." (Riwayat Muslim) SEJARAH AZAN (1 Hijrah, Madinah Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid berkata sebagai berikut: “Ketika cara memanggil kaum muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku melihat ada seseorang ...

AIR PENYUCIAN

  AIR PENYUCIAN Dosa, semua manusia pendosa, secara fitrahnya manusia pasti buat silap dan dosa. Silap, kadang kadang mengundang dosa, kadang kadang tak. Macam Nabi Adam pun tak sengaja makan buah, rujuk Taha:115 Kerana semua nabi maksum. Dosa, jika dirujuk Al Zalzalah: 8. Setiap dosa balasnya adalah sangat buruk. Maka apakah kita nak kekal dalam dosa ni? Kenapa bila nak taubat dan dosa kena mula dengan solat? Sebab sebelum solat kita akan menyucikan diri dulu. Namanya wuduk. Bagaimana kita tahu apa yang perlu dilakukan? Sangat sukar untuk melakukannya tanpa perlu melakukannya. Siapa pernah berwuduk (OK gurau)? Kalau diperhatikan ada beberapa anggota wuduk. Kepala, tangan, kaki... Dekat kepala ada mulut, mata, telinga, hidung SAMALAH! Wuduk salah satu merupakan perintah Allah untuk menyucikan diri sebagaimana firmannya: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُم...

SOLAT YANG DIUTAMAKAN

  SOLAT YANG DIUTAMAKAN Pernah dengar Bardain? Daripada Abi Bakr ibn Abi Musa, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin (Subuh dan Asar), dia akan masuk syurga.” (HR Bukhari) Rasulullah SAW bersabda: “Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya, iaitu sembahyang Subuh dan sembahyang Asar." (HR Muslim) Dari Buraidah R.A. katanya, Nabi S.A.W bersabda: “Siapa yang meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya.” (HR Bukhari) Maka, formulanya: Subuh + Asar = Bardain (Sejuk) SOLAT YANG DIUTAMAKAN UNTUK BERJEMAAH Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” (Riwayat Muslim) Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:  “Seseungguhn...

SIRAH UNTUK PEMALAS KE MASJID

  SIRAH UNTUK PEMALAS KE MASJID Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sungguh aku bertekad untuk memerintahkan solat agar ditegakkan, lalu akan aku datangi rumah-rumah orang-orang yang tidak menghadiri solat berjemaah (tanpa keuzuran), maka aku akan bakar rumah-rumah mereka". (HR BUKHARI) Aswad r.a. bercerita: "Pada suatu kali kami berada dekat Aisyah r.a., lalu kami berbincangkan masalah menetapi solat berjemaah dan memuliakannya. Kata 'Aisyah, "Ketika Rasulullah saw. sedang solat keras menjelang akhir hayat beliau, waktu solat tiba dan orang pun telah azan; maka berkata beliau, "Suruhlah Abu Bakar supaya dia mengimami solat berjemaah dengan orang banyak." Abu Bakar datang, dia solat menjadi imam bagi orang banyak. Ketika Nabi merasa agak ringan penyakitnya, beliau datang ke masjid dengan dipapah oleh dua orang (Abbas dan Ali). Seolah-olah masih kelihatan olehku bagaimana Nabi mengheret kakinya kerana sakit. Dan Abu ...

SESAL TIDAK SUDAH

  SESAL TIDAK SUDAH Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.”  (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) Bila saya cari di Google, ia sebut banyak perkataan: Rebut, Ingat, Manfaat, Kejar dan banyak lagi. Tapi sedar tak bertapa pentingnya masa sehingga Allah bersumpah dengannya dalam Surah Al Asr. Perasan tak, kita selalu merasa menyesal apabila sakit, sibuk yang tiada masa, tua dan hampir mati. Kita baru rasa menyesal sebab sikitnya amalan ataupun sikap suka bertangguh sepanjang hidup. Kerana itu adalah waktu paling menyeksakan. Masa yang ingin saya ajak renungkan disini adalah masa muda. Masa muda ni kita kuat, boleh lari, harapan ummat, minda kuat, kreatif dan sebagainya. Tapi kekuatan itu tak digunakan untuk jalan ke...

KEJAYAAN DATANG MASJID

  KEJAYAAN DATANG MASJID (2x)  حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (2x)  حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ Marilah mendirikan solat. (2x) Marilah kepada kejayaan. (2x) Kejayaan, setiap kali perkataan ini mucul, 2 benda saya fikir. Surah Al Asr Surah Ali Imran 185 Berkenaan surah pertama, ada 3 perkataan yang mesti dihighlightkan. Masa: Masa didunia, bagaimana dimanfaatkan Kerugian: Masa disia siakan akan beri rugi pada diri sendiri. Iman dan Amal Soleh: Saling berkait. Buya Hamka menjelaskan poin ini dengan beberapa formula. -Akidah + Ibadah = Agama -Iman maka Taat -Taat kerana Iman -Iman - Taat = Bukan mukmin (Nur:47) -Ibadah - Akidah = Ibadah sia sia (Nur: 39) Cuba teka, siapakah ahli ibadah paling soleh akhirnya dikutuk kerana tidak taat perintah sujud pada manusia? Siapa ya?  Itulah Iblis yang beriman tapi menolak perintahNya. Bagaiamana harini, ramai berperangai Iblis. Men scary kan. Apa antonim kerugian? kejayaan antaranya. Dalam surah kedua diatas ada se...