Skip to main content

JESUS VS NABI ISA

 


KRISTIAN

JESUS ANAK TUHAN?

Jesus dilahirkan oleh Maria disebabkan oleh Roh Kudus (roh yang suci). Dia diangkat sebagai anak tuhan.

Sebenarnya ada dalil Jesus adalah anak manusia iaitu Maria.

Matius 26:2

"Kamu tahu bahawa dalam dua hari lagi Paskah akan dirayakan, dan Anak Manusia (Jesus) akan diserahkan untuk disalibkan."    


Kalau Jesus diangkat Tuhan kerana dilahirkan tanpa bapa, Adam lebih hebat. Tanpa ibu bapa!


JESUS MANUSIA BIASA?

  • unchecked

    Matius 4:2
    “Sesudah berpuasa empat puluh hari empat puluh malam, akhirnya Yesus pun lapar.”

  • unchecked

    Yohanes 19:28
    “Setelah Yesus tahu bahwa segala sesuatu sudah selesai, berkatalah Ia supaya genaplah firman itu: Aku haus.”

  • unchecked

    Yohanes 4:6
    “Di situ ada sumur Yakub. Yesus yang sudah lelah dalam perjalanan duduk di tepi sumur...”

  • unchecked

    Matius 26:38
    “Maka kata Yesus kepada mereka: 'Jiwaku sangat sedih, sampai hampir mati...'"

  • unchecked

    Markus 15:37
    “Yesus mengerang dengan suara nyaring dan menyerahkan nyawa-Nya (mati).”

DOSA ADAM DIWARISKAN?

Adam telah melanggar perintah dan dosanya diwariskan ke seluruh dunia. Nmaun, idea ini ditolak apabila bayi yang baru lahir juga terpaksa menanggung dosa tersebut kerana dianggap bukan keadilan Tuhan. Malah Bible membuktikan semua orang menanggung dosa sendiri.

Yehezkiel 18:20 

"Orang yang berbuat dosa, itu yang harus mati. Anak tidak akan menanggung kesalahan ayahnya, dan ayah tidak akan menanggung kesalahan anaknya. Orang benar akan menerima berkat karena kebenarannya, dan orang fasik akan menanggung akibat kefasikannya sendiri."

  • unchecked

    Ulangan 24:16

  • unchecked

    Yeremia 31:29–30

  • unchecked

    Roma 2:6

Bagaimana mereka hendak menghapuskan dosa ini?

Kematian Jesus…


KUASA JESUS?

  • unchecked

    Jesus mengaku tak boleh melakukan sesuatu perkara melainkan dengan takdir.

Yohanes 5:30

"Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku."

  • unchecked

    Markus 13:32

"Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorang pun yang tahu, malaikat-malaikat di syurga tidak, dan Anak pun tidak, hanya Bapa saja."

  • unchecked

    2 Raja-Raja 13:21

"Ketika seseorang itu dilemparkan ke dalam kuburan Elisha, dan ketika tubuhnya mengenai tulang Elisha, orang itu itu hidup kembali dan berdiri di atas kakinya."

Kalau Jesus diangkat Tuhan kerana boleh hidupkan mati, dalil di atas menunjukkan Elisha yang sudah mati boleh hidupkan orang mati!

JESUS AJAR TAUHID!

Mentauhidkan Allah bermaksud hanya mengesakan Allah tanpa menyembah Tuhan lain dan mengakui ‘Tiada Tuhan selain Allah’. Paling mengejutkan, Tuhan ajaran Kristian sendiri

Markus 12:29

"Jawab Yesus kepadanya: 'Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa.'"

Yohanes 17:3

"Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus."

Paling penting, Jesus tak pernah suruh manusia sembah dirinya dan ajaran triniti. Triniti dirumuskan ratusan tahun kemudian (325 M). Dia menegaskan dia adalah utusan, bukan Tuhan.

JESUS DIBUNUH

Walaupun ada tertanya-tanya kenapa Tuhan harus dibunuh untuk menghapuskan dosa, mereka menganggap ini kasih Tuhan tanpa syarat dan dosa itu tampak besar.

Jadi apa yang boleh dikatakan, pembunuh Jesus dalam kalangan Yahudi dianggap berjasa.


JESUS TIDAK MENYURUH UNIVERSAL

Matius 15:24

"Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel." 

PENCANGGAHAN AYAT BIBLE

  1. Keturunan Jesus (Nasab) Berbeza

Matius 1:1–16 vs Lukas 3:23–38

  • Injil Matius menyenaraikan 42 keturunan dari Abraham hingga Yesus.

  • Injil Lukas menyenaraikan 77 keturunan, bermula dari Yesus hingga ke Adam.

  • Nama-nama bapa kepada Yusuf (bapa angkat Yesus) juga berbeza:

    • Matius: Yusuf anak kepada Yakub

    • Lukas: Yusuf anak kepada Eli

  • Ini menimbulkan soalan: Siapakah sebenarnya datuk Yesus?

2. Bilangan Hari Antara Kebangkitan dan Kenaikan

Lukas 24:50–51

Yesus dinaikkan ke langit pada hari yang sama dengan kebangkitannya.

Kisah Para Rasul 1:3

Yesus muncul kepada murid-murid selama 40 hari selepas kebangkitannya sebelum diangkat.

  • Percanggahan: Adakah Yesus naik ke langit hari itu juga, atau selepas 40 hari?

3. Siapa Menyaksikan Kubur Kosong?

Markus 16:1 – Maria Magdalena, Maria ibu Yakobus, dan Salome
Matius 28:1 – Maria Magdalena dan Maria yang lain
Lukas 24:10 – Maria Magdalena, Johanna, dan Maria ibu Yakobus
Yohanes 20:1 – Hanya Maria Magdalena

  • Percanggahan: Siapa sebenarnya pergi ke kubur dan bila?

4. Siapa Membawa Salib?

Matius 27:32, Markus 15:21, Lukas 23:26

Simon dari Kirene dipaksa membawa salib Yesus.

Yohanes 19:17

Yesus sendiri yang membawa salib ke tempat penyaliban.

  • Percanggahan: Siapa sebenarnya memikul salib?

5. Waktu Penyaliban

Markus 15:25

Penyaliban berlaku pada jam ketiga (kira-kira pukul 9 pagi).

Yohanes 19:14–16

Masih belum disalib pada jam keenam (kira-kira pukul 12 tengah hari).

  • Percanggahan: Bila sebenarnya penyaliban berlaku?

6. Akhir Judas Iskariot

Matius 27:5

Judas gantung diri.

Kisah Para Rasul 1:18

Judas jatuh tersungkur, perutnya pecah dan isi perutnya keluar.

  • Percanggahan: Bagaimana Judas mati?


ISLAM

Isa dilahirkan oleh Maryam, seorang tokoh wanita solehah sehingga namanya diangkat sebagai nama surah ke-19. Malaikat Jibril mendatanginya dan meniup roh ke dalam rahim Mrayam yang tidak berkahwin dan tidak berzina. Ini adalah ujian Allah kepada Maryam dan mukjizat kepada Nabi Isa sejak lahir.

  • unchecked

    Surah Maryam ayat 17-36

A017

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"

Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Maka Maryam hamillah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

A023

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

A024

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

A025

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

A026

"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".

A027

Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!

A028

" Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!"

A029

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"

A030

Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

A031

Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

A032

" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

A033

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".

A034

Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibn Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

A035

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.

A036

Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhanmu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul - lurus ".

Isa ibn Maryam adalah utusan Allah adn bukanlah anak Tuhan.

  • unchecked

    Surah Al-Ikhlas

A001

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

A002

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

A003

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

A004

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

ADAM TIDAK BERDOSA

Allah menetapkan manusia sebagai khalifah di muka Bumi dan mentakdirkan Adam tertipu dengan Iblis. Adam tidak sengaja melakukannya dan tidak dianggap berdosa apabila makan buah larangan.

ISA TERSELAMAT

Nabi Isa diangkat oleh Allah ke langit kedua dan orang yang dibunuh adalah orang yang diserupakan wajahnya dengan baginda. 

Surah An-Nisa’ 4:157-158

“Dan (kerana) ucapan mereka: ‘Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah,’ padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Tetapi Allah telah mengangkatnya (Isa) kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”







Comments

Popular posts from this blog

MELANGKAH PENUH PAHALA

 MELANGKAH PENUH SEMANGAT Pernah main Subway Surf? Setiap pemain pasti akan target untuk mencapai high score dan mengumpulkan banyak duit, kan? Begitu juga jalan ke masjid. Siap berwuduk dan jawab azan, misi utama kita adalah solat ke masjid. Ini ada beberapa motivasi ke masjid. Rasulullah bersabda,  “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti pahala orang yang haji yang sedang ihram.” (HR: Ahmad 22304, Abu Daud 558. Dinilai Hasan oleh Al-Albani) Diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Jabr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak akan disentuh oleh api neraka kedua kaki hamba yang berdebu menuju ke jalan Allah. Riwayat al-Bukhari (2811) Malah ada ada waktu tertentu yang beserta ganjaran! Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:  "Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang hari." (HR B...

KEJAYAAN DATANG MASJID

  KEJAYAAN DATANG MASJID (2x)  حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (2x)  حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ Marilah mendirikan solat. (2x) Marilah kepada kejayaan. (2x) Kejayaan, setiap kali perkataan ini mucul, 2 benda saya fikir. Surah Al Asr Surah Ali Imran 185 Berkenaan surah pertama, ada 3 perkataan yang mesti dihighlightkan. Masa: Masa didunia, bagaimana dimanfaatkan Kerugian: Masa disia siakan akan beri rugi pada diri sendiri. Iman dan Amal Soleh: Saling berkait. Buya Hamka menjelaskan poin ini dengan beberapa formula. -Akidah + Ibadah = Agama -Iman maka Taat -Taat kerana Iman -Iman - Taat = Bukan mukmin (Nur:47) -Ibadah - Akidah = Ibadah sia sia (Nur: 39) Cuba teka, siapakah ahli ibadah paling soleh akhirnya dikutuk kerana tidak taat perintah sujud pada manusia? Siapa ya?  Itulah Iblis yang beriman tapi menolak perintahNya. Bagaiamana harini, ramai berperangai Iblis. Men scary kan. Apa antonim kerugian? kejayaan antaranya. Dalam surah kedua diatas ada se...