AIR PENYUCIAN
Dosa, semua manusia pendosa, secara fitrahnya manusia pasti buat silap dan dosa.
Silap, kadang kadang mengundang dosa, kadang kadang tak. Macam Nabi Adam pun tak sengaja makan buah, rujuk Taha:115 Kerana semua nabi maksum.
Dosa, jika dirujuk Al Zalzalah: 8. Setiap dosa balasnya adalah sangat buruk.
Maka apakah kita nak kekal dalam dosa ni?
Kenapa bila nak taubat dan dosa kena mula dengan solat? Sebab sebelum solat kita akan menyucikan diri dulu. Namanya wuduk.
Bagaimana kita tahu apa yang perlu dilakukan? Sangat sukar untuk melakukannya tanpa perlu melakukannya.
Siapa pernah berwuduk (OK gurau)? Kalau diperhatikan ada beberapa anggota wuduk.
Kepala, tangan, kaki... Dekat kepala ada mulut, mata, telinga, hidung
SAMALAH!
Wuduk salah satu merupakan perintah Allah untuk menyucikan diri sebagaimana firmannya:يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِ ۚ
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًۭا فَٱطَّهَّرُوا۟ ۚ
وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌۭ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَـٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءًۭ فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًۭا طَيِّبًۭا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ
مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍۢ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ٦
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, sapulah kepalamu, dan basuhlah kakimu sampai kedua mata kaki.
Dan jika kamu berjunub (berhadas besar), maka mandilah kamu sepenuhnya.
Tetapi jika kamu sakit, dalam musafir, atau merasa lega, atau bercampur dengan isteri-isteri kamu, lalu kamu tidak mendapat air, maka bersucilah kamu dengan tanah yang bersih dengan menyapu muka dan tangan kamu.
Allah tidak menghendaki untuk membebani kamu, tetapi untuk membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya atasmu, mudah-mudahan kamu bersyukur.
(Al Maidah: 6)
Ayat ini bukan hanya perintahkan berwuduk, malah mandi hadas dan Tayammum. Lihat bertapa Allah mementingkan kebersihan kerana; Nabi SAW bersabda: "Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan." (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwa mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dalam keadaan (wajah dan tangannya) bercahaya, karena air wudhu. Maka barang siapa di antara kalian dapat memperpanjang kilauan cahayanya, hendaklah ia mengerjakannya."
(HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah R.A. katanya: Saya telah mendengar Rasulullah bersabda:
Perhiasan seorang mukmin pada hari kiamat akan sampai pada batas di mana wuduknya.
(Muslim)
“Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik, dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya.”
(Hadis Riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"
Apabila seseorang hamba yang Muslim atau mu'min itu berwudhu', lalu ia membasuhmukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua kesalahan yang disebabkan ia melihat daripadanyadengan kedua-dua matanya dan keluarnya ialah beserta air atau beserta titisan air yang terakhir. Jikalau ia membasuh kedua-dua tangannya, maka keluarlah dari kedua-dua tangannya itu semuakesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tangannya beserta air atau beserta titisan air yang terakhir.Selanjutnya apabila ia membasuh kedua-dua kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yangdijalankan oleh kedua-dua kakinya beserta air atau beserta titisan air yang terakhir, sehingga akhirnyakeluarlah ia dalam keadaan suci dari semua dosa."
(Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. lagi bahawasanya :
Para sahabat bertanya: "Bagaimanakah Tuan dapat mengetahui orang yang masih belum datang dari golongan ummat Tuan, ya Rasulullah?"
Beliau s.a.w. bersabda:"Bagaimanakah pendapatmu, sekiranya ada seorang lelaki mempunyai seekor kuda yang putih bersih kepalanya, putih pula kaki-kakinya berada di samping kuda yang hitam pekat, tidakkah pemilik itu dapat mengetahui kudanya sendiri?"
Para sahabat menjawab: "Ya, tentu dapat, ya Rasulullah."
Beliau s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya ummatku yang akan datang itu ialah dalam keadaan bercahaya wajahnya serta putihbersih tubuhnya dari sebab berwudhu' dan aku adalah yang terlebih dahulu dari mereka itu untuk datang ke telaga - haudh,"
(Riwayat Muslim)
BERSAMBUNG

Comments
Post a Comment