Skip to main content

PANGGILAN DARI KELALAIAN

 PANGGILAN DARI KELALAIAN

Nikmat suara apa gunanya jika tidak digunakkan. Jiak kita tahu dah masuk waktu, ambil kesempatan alunkan azan. Kalau buat baik, buat apa Bilal marah? jangan gentar bila benar.

وَمَنْ اَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّنْ دَعَآ اِلَى اللّٰهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَّقَالَ اِنَّنِيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?” (Fussilat: 33)

Baginda SAW bersabda:

 "Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun."

(Riwayat Muslim)

SEJARAH AZAN (1 Hijrah, Madinah

Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid berkata sebagai berikut:

“Ketika cara memanggil kaum muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku melihat ada seseorang sedang menenteng (membawa) sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepadaku saja.

Orang tersebut malah bertanya,” Untuk apa?

Aku menjawabnya, “Bahwa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum muslim untuk menunaikan solat.”

Orang itu berkata lagi, “Maukah kau kuajari cara yang lebih baik?”

Dan aku menjawab “Ya!”

Lalu dia berkata lagi dan kali ini dengan suara yang amat lantang:

Allahu Akbar Allahu Akbar
Asyhadu alla ilaha illallah
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
Hayya ‘alash sholah (2 kali)
Hayya ‘alal falah (2 kali)
Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illallah

Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Nabi Muhammad.SAW, dan menceritakan perihal mimpi itu kepadanya,

kemudian Nabi Muhammad. SAW, berkata, “Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah disamping Bilal dan ajarilah dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang.”

Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal.”

Rupanya, mimpi serupa dialami pula oleh Umar dan dia juga menceritakannya kepada Nabi Muhammad SAW.


Dari Mu'awiyah r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Para muazzin itu adalah manusia yang terpanjang lehernya besok pada hari kiamat."  (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“…ampunilah tukang azan.”


Diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

 “Barangsiapa yang melaungkan azan selama dua belas tahun, diwajibkan ke atasnya syurga, dan ditulis setiap laungan azannya pada setiap hari 60 kebaikan dan setiap iqamah yang dilaungkan 30 kebaikan.”

 

Malah, syaitan jadi mabuk bila dengar azan!

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jikalau azan dilaungkan untuk solat, maka membelakanglah syaitan - yakni lari ke belakang - sambil terkentut-kentut, sehingga ia tidak mendengar lagi suara azan tersebut. Selanjutnya jikalau azan sudah selesai, maka ia datang lagi, sehingga apabila dibunyikan iqamat, maka sekali lagi ia membelakang.”

(Muttafaq'alaih)




Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa   

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ،

Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, 

luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.

(Sahih Bukhari: 614)



Kita juga disunatkan jawab azan,
tiru apa muazin ucap kecuali:
Hayya 'ala solah dan falahjawabnya Lahaulawaquwwataillabillah
Assolatu kahirum minan naum: Sadaqa wabarazat


Comments

Popular posts from this blog

JESUS VS NABI ISA

  KRISTIAN JESUS ANAK TUHAN? Jesus dilahirkan oleh Maria disebabkan oleh Roh Kudus (roh yang suci). Dia diangkat sebagai anak tuhan. Sebenarnya ada dalil Jesus adalah anak manusia iaitu Maria. Matius 26:2 "Kamu tahu bahawa dalam dua hari lagi Paskah akan dirayakan, dan Anak Manusia (Jesus) akan diserahkan untuk disalibkan."     Kalau Jesus diangkat Tuhan kerana dilahirkan tanpa bapa, Adam lebih hebat. Tanpa ibu bapa! JESUS MANUSIA BIASA? Matius 4:2 “Sesudah berpuasa empat puluh hari empat puluh malam, akhirnya Yesus pun lapar .” Yohanes 19:28 “Setelah Yesus tahu bahwa segala sesuatu sudah selesai, berkatalah Ia supaya genaplah firman itu: Aku haus .” Yohanes 4:6 “Di situ ada sumur Yakub. Yesus yang sudah lelah dalam perjalanan duduk di tepi sumur...” Matius 26:38 “Maka kata Yesus kepada mereka: 'Jiwaku sangat sedih , sampai hampir mati...'" Markus 15:37 “Yesus mengerang dengan suara nyaring dan menyerahkan nyawa-Nya ( mati ).” DOSA ADAM DIWARISKAN? Adam te...

MELANGKAH PENUH PAHALA

 MELANGKAH PENUH SEMANGAT Pernah main Subway Surf? Setiap pemain pasti akan target untuk mencapai high score dan mengumpulkan banyak duit, kan? Begitu juga jalan ke masjid. Siap berwuduk dan jawab azan, misi utama kita adalah solat ke masjid. Ini ada beberapa motivasi ke masjid. Rasulullah bersabda,  “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti pahala orang yang haji yang sedang ihram.” (HR: Ahmad 22304, Abu Daud 558. Dinilai Hasan oleh Al-Albani) Diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Jabr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak akan disentuh oleh api neraka kedua kaki hamba yang berdebu menuju ke jalan Allah. Riwayat al-Bukhari (2811) Malah ada ada waktu tertentu yang beserta ganjaran! Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:  "Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang hari." (HR B...

KEJAYAAN DATANG MASJID

  KEJAYAAN DATANG MASJID (2x)  حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (2x)  حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ Marilah mendirikan solat. (2x) Marilah kepada kejayaan. (2x) Kejayaan, setiap kali perkataan ini mucul, 2 benda saya fikir. Surah Al Asr Surah Ali Imran 185 Berkenaan surah pertama, ada 3 perkataan yang mesti dihighlightkan. Masa: Masa didunia, bagaimana dimanfaatkan Kerugian: Masa disia siakan akan beri rugi pada diri sendiri. Iman dan Amal Soleh: Saling berkait. Buya Hamka menjelaskan poin ini dengan beberapa formula. -Akidah + Ibadah = Agama -Iman maka Taat -Taat kerana Iman -Iman - Taat = Bukan mukmin (Nur:47) -Ibadah - Akidah = Ibadah sia sia (Nur: 39) Cuba teka, siapakah ahli ibadah paling soleh akhirnya dikutuk kerana tidak taat perintah sujud pada manusia? Siapa ya?  Itulah Iblis yang beriman tapi menolak perintahNya. Bagaiamana harini, ramai berperangai Iblis. Men scary kan. Apa antonim kerugian? kejayaan antaranya. Dalam surah kedua diatas ada se...