SESAL TIDAK SUDAH
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Masa sihat sebelum sakit.
Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
Masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Bila saya cari di Google, ia sebut banyak perkataan: Rebut, Ingat, Manfaat, Kejar dan banyak lagi. Tapi sedar tak bertapa pentingnya masa sehingga Allah bersumpah dengannya dalam Surah Al Asr.
Perasan tak, kita selalu merasa menyesal apabila sakit, sibuk yang tiada masa, tua dan hampir mati. Kita baru rasa menyesal sebab sikitnya amalan ataupun sikap suka bertangguh sepanjang hidup. Kerana itu adalah waktu paling menyeksakan. Masa yang ingin saya ajak renungkan disini adalah masa muda.
Masa muda ni kita kuat, boleh lari, harapan ummat, minda kuat, kreatif dan sebagainya. Tapi kekuatan itu tak digunakan untuk jalan ke masjid, tapi lari ke pintu gol. Asarnya dia tidak kelihatan di masjid, lepas asar baru muncul tapi di kedai mamak.
Mungkin kita rasa kita boleh ibadah masa tua nanti, hakikatnya mati itu bila bila! Masa tua kita mungkin hilang kemampuan untuk datang ke masjid, rasa menyesal datang sebab kita pilih teruskan hidup dengan sesuatu kita tak mahu; kerugian
Setiap pemuda kena ada satu semangat.
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرٰتِۗ
Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan.
(Al Baqarah:148)
Tujuannya supaya masa kita dimanfaatkan. Target kita adalah syurga, dan syarat masuk syurga adalah amalan lagi banyak daripada keburukan. Tidak datang ke masjid adalah kerugian.
Sekarang masa untuk berubah, jangan tunggu Ramadan, maal hijrah, birthday kita baru berubah. Terus bangkit dengan semangat untuk mencari ilmu dan beribadah padanya. Target kita syurgal
Malah ada hadis sebagai semangat untuk pemuda ke masjid.
Dari Abu Hurairah R.A., Nabi SAW. sabdanya;
"Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (antaranya)...
Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah
Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid
(Riwayat Muslim)
Matahari duduk betul betul atas kepala, kat akhirat yang muslim, yang kufur pasti minta daripada Yang Esa saja pertolongan. Beruntunglah yang mendapat nanungan Allah.
Sekarang saya nak dalam mindset anda kata;
"AKU NAK KEJAYAAN, BUKAN KERUGIAN!!!"

Comments
Post a Comment