Skip to main content

1 hakikaT, bila giaT bermaksiaT, ummaT semakin sesaT, kiamaT semakin dekaT....

Kedatangan Nabi Muhammad adalah petanda kepada dunia bakal berakhir. Ia sudah berlaku lebih 1400 tahun dahulu. Kiamat adalah perkara ghaib yang tujuan untuk pelajarinya adalah supaya takut untuk melakukan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

1 hakikaT, 

bila giaT bermaksiaT,

ummaT semakin sesaT, 

kiamaT semakin dekaT....

 1. Daripada Anas bin Malik RA katanya: "Sabda Rasulullah SAW:

 'Sesungguhnya, antara tanda kiamat ialah ilmu akan diangkat, kejahilan akan merata,...

Daripada 6779 pelajar Melayu gagal subjek agama dalam PMR menurut Ketua pengarah JAKIM pada 1995. Sudah lama berlaku!

...arak akan diminum...

pada 12 Ogos 2022, 49 Muslim ditahan minum arak. astaghfirullah

....dan zina akan muncul secara terang-terangan...

Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAINJ, Mohd Hafiz Abdul Rahman berkata pada 2017,  

"Statistik jenayah syariah di Johor pada 2016 juga mencatatkan khalwat dan persetubuhan luar nikah adalah kes yang tinggi. 

Sepanjang tahun lalu, seramai 851 lelaki dan 790 wanita disabitkan dengan kesalahan khalwat. 

Manakala bagi kesalahan persetubuhan luar nikah menyaksikan seramai 341 lelaki dan 380 wanita disabitkan kesalahan,"

 ..(bilangan) kaum lelaki sedikit dan kaum wanita banyak sehingga 50 wanita dinisbahkan untuk seorang lelaki yang menguruskan. (HR Bukhari)

Laporan Bancian penduduk oleh US Bureau of Cencus pada Oktober 1998;

  • Wanita lebih ramai dari lelaki,
  • Wanita hidup lagi lama.

2.Daripada Abu Hurairah RA katanya: 

Sewaktu Nabi SAW berbicara dalam suatu majlis, tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi, lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat itu?" 

Jawab Baginda: "Apabila amanah dipersia-siakan, maka tunggulah saat kiamat tiba." 

Lalu seseorang bertanya: "Bagaimanakah ia dipersia-siakan?" 

Jawab Baginda: "Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kiamat tiba." (HR Bukhari)

Pernah terlantik seorang manusia, Mustafa Kamal Ataturk. Boleh rujuk di link ini (takut copyright): https://islampelitahidup.blogspot.com/2012/07/kekejaman-mustafa-kamal-attaturk.html

3.Baginda SAW bersabda: “Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga keluar api dari bumi Hijaz yang akan menerangi tengkuk unta di Busra (sebuah negeri di Syria).” (HR Bukhari)

Rupanya pernah berlaku!!! rujuk https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2769851316388724&id=106123446094871&set=a.1210738478966690

4. "...pembebasan  Kota  Kostantinopel  pula  adalah  tanda  kemunculan  Dajjal."  (HR Abu Daud)



Filem kejayaan Islam yang diasaskan sultan yang ditabal 21 tahun.

5. Nabi bersabda, “Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia, hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya”. (HR Tirmizi)

Korang dok layan ramaln Simpson, ramalan Nabi SAW tentang teknologi pun ada! 

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=720770&extra=page%3D1

6.“Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah masa semakin singkat, (Manusia akan merasakan) Masa setahun jadi seperti sebulan sahaja.” 

(HR al-Bukhari)

Ada beberapa pendapat;

  • Banyak bazir masa dengan maksiat
  • Banyak buang masa
  • Tiada masa untuk agama
  • Masa x berkat (Imam Nawawi)
7...Lelaki itu berkata"Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya (kiamat)!" 
Nabi menjawab, 
"Jika budak wanita telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta penggembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi." (HR. Bukhari dan Muslim) 

Contoh mudah orang berkulit gelap di Amerika. Dulu jadi hinaan, kini jutawan.

(Tiada niat racist)

8.Daripada Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 
"Menjelang kiamat nanti, hari banyak dipenuhi dengan al-Harj. Saat itu ilmu menjadi hilang dan kejahilan tersebar di mana-mana. Abu Musa berkata: 'al-Harj bermaksud pembunuhan menurut dialek orang Habsyi.'" (HR Al-Bukhari)


Tulisan ini diulas Empayar Minda Muslim

Dan jangan lupa tengok TikTok @fatehery

Moga bermanfaat

Comments

Popular posts from this blog

JESUS VS NABI ISA

  KRISTIAN JESUS ANAK TUHAN? Jesus dilahirkan oleh Maria disebabkan oleh Roh Kudus (roh yang suci). Dia diangkat sebagai anak tuhan. Sebenarnya ada dalil Jesus adalah anak manusia iaitu Maria. Matius 26:2 "Kamu tahu bahawa dalam dua hari lagi Paskah akan dirayakan, dan Anak Manusia (Jesus) akan diserahkan untuk disalibkan."     Kalau Jesus diangkat Tuhan kerana dilahirkan tanpa bapa, Adam lebih hebat. Tanpa ibu bapa! JESUS MANUSIA BIASA? Matius 4:2 “Sesudah berpuasa empat puluh hari empat puluh malam, akhirnya Yesus pun lapar .” Yohanes 19:28 “Setelah Yesus tahu bahwa segala sesuatu sudah selesai, berkatalah Ia supaya genaplah firman itu: Aku haus .” Yohanes 4:6 “Di situ ada sumur Yakub. Yesus yang sudah lelah dalam perjalanan duduk di tepi sumur...” Matius 26:38 “Maka kata Yesus kepada mereka: 'Jiwaku sangat sedih , sampai hampir mati...'" Markus 15:37 “Yesus mengerang dengan suara nyaring dan menyerahkan nyawa-Nya ( mati ).” DOSA ADAM DIWARISKAN? Adam te...

MELANGKAH PENUH PAHALA

 MELANGKAH PENUH SEMANGAT Pernah main Subway Surf? Setiap pemain pasti akan target untuk mencapai high score dan mengumpulkan banyak duit, kan? Begitu juga jalan ke masjid. Siap berwuduk dan jawab azan, misi utama kita adalah solat ke masjid. Ini ada beberapa motivasi ke masjid. Rasulullah bersabda,  “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti pahala orang yang haji yang sedang ihram.” (HR: Ahmad 22304, Abu Daud 558. Dinilai Hasan oleh Al-Albani) Diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Jabr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak akan disentuh oleh api neraka kedua kaki hamba yang berdebu menuju ke jalan Allah. Riwayat al-Bukhari (2811) Malah ada ada waktu tertentu yang beserta ganjaran! Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:  "Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang hari." (HR B...

KEJAYAAN DATANG MASJID

  KEJAYAAN DATANG MASJID (2x)  حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (2x)  حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ Marilah mendirikan solat. (2x) Marilah kepada kejayaan. (2x) Kejayaan, setiap kali perkataan ini mucul, 2 benda saya fikir. Surah Al Asr Surah Ali Imran 185 Berkenaan surah pertama, ada 3 perkataan yang mesti dihighlightkan. Masa: Masa didunia, bagaimana dimanfaatkan Kerugian: Masa disia siakan akan beri rugi pada diri sendiri. Iman dan Amal Soleh: Saling berkait. Buya Hamka menjelaskan poin ini dengan beberapa formula. -Akidah + Ibadah = Agama -Iman maka Taat -Taat kerana Iman -Iman - Taat = Bukan mukmin (Nur:47) -Ibadah - Akidah = Ibadah sia sia (Nur: 39) Cuba teka, siapakah ahli ibadah paling soleh akhirnya dikutuk kerana tidak taat perintah sujud pada manusia? Siapa ya?  Itulah Iblis yang beriman tapi menolak perintahNya. Bagaiamana harini, ramai berperangai Iblis. Men scary kan. Apa antonim kerugian? kejayaan antaranya. Dalam surah kedua diatas ada se...