Skip to main content

Syarat kejayaan Islam

Kejayaan, masih ingat syaratnya; 

Beriman dan beramal soleh.

Hari ini, agama dihina, ajaran Islam diletak tepi, kesesatan yang semakin nyata, saudara seagama dizalimi. Apabila kita umat Islam bersuara, kita dianggap lemah.

Satu cara umtuk menang bukan mengaku beriman, tapi mesti ada lagi satu;

BERAMAL SOLEH

Lalaikan amal soleh adalah kerugian.

Jom tengok ayat ini dulu.

أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ ١

فَذَٰلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلْيَتِيمَ ٢ 

وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ ٣ 

فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ ٤ 

ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ٥ 

ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ ٦ 

وَيَمْنَعُونَ ٱلْمَاعُونَ ٧

[1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama?

[2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

[3] Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

[4] maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang bersembahyang 

[5] (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

[6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

[7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Surah Al Maun

Dalam solat, kita start dengan Allahu akbar. solat sepatutnya kepada Allah. Tetapi ada orang solat dengan riak, lalai seperti sengaja melewatkannya maupun hilang kekhusyukan. Dia solat tapi masih seronok ulangi dosa, padahal solat itu membimbing diri kearah kebaikan. Sebelum kejayaan akhirat adalah dunia, kejayaan akhirat boleh dicapai melalui solat.

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ١ ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَـٰشِعُونَ ٢ 

وَٱلَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَٰتِهِمْ يُحَافِظُونَ ٩ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْوَٰرِثُونَ ١٠ ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَاخَـٰلِدُونَ ١١

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, mereka yang khusyuk dalam solatnya... dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka inilah yang akan dianugerahkan. Syurga sebagai milik mereka. Mereka akan berada di sana selama-lamanya.

Mukminun 1-2, 9-22

Akhir rukun, adalah beri salam kanan kiri. Salam itu disampaikan kepada masyrakat. Tapi kenapa susah nak tolong menolong. Soalan Pendidikan Islam; Apa tindakan anda lakukan apabila melihat 4 orang ini.

Orang miskin, anda ada RM2 tak digunakan:

Orang tua bawa barang, kita ditakdirkan kuat:

Pembulian depan mata, kita pengawas:

Jemaah sebelah kita:

Selagi kita ada kemampuan, manfaatkanlah ia. Yang soalan 3 itu bagilah salam, doakan kesejahteraan.

Maka, tekad dalam diri, demi agama perbaiki solat, dan tolong menolong sesama sendiri.

Muallim aku pernah berkata; 

"Kita tunggu habis solat atau tunggu habis solat."



Diulas buku Iman Amal Soleh dikarang Hamka.



Comments

Popular posts from this blog

JESUS VS NABI ISA

  KRISTIAN JESUS ANAK TUHAN? Jesus dilahirkan oleh Maria disebabkan oleh Roh Kudus (roh yang suci). Dia diangkat sebagai anak tuhan. Sebenarnya ada dalil Jesus adalah anak manusia iaitu Maria. Matius 26:2 "Kamu tahu bahawa dalam dua hari lagi Paskah akan dirayakan, dan Anak Manusia (Jesus) akan diserahkan untuk disalibkan."     Kalau Jesus diangkat Tuhan kerana dilahirkan tanpa bapa, Adam lebih hebat. Tanpa ibu bapa! JESUS MANUSIA BIASA? Matius 4:2 “Sesudah berpuasa empat puluh hari empat puluh malam, akhirnya Yesus pun lapar .” Yohanes 19:28 “Setelah Yesus tahu bahwa segala sesuatu sudah selesai, berkatalah Ia supaya genaplah firman itu: Aku haus .” Yohanes 4:6 “Di situ ada sumur Yakub. Yesus yang sudah lelah dalam perjalanan duduk di tepi sumur...” Matius 26:38 “Maka kata Yesus kepada mereka: 'Jiwaku sangat sedih , sampai hampir mati...'" Markus 15:37 “Yesus mengerang dengan suara nyaring dan menyerahkan nyawa-Nya ( mati ).” DOSA ADAM DIWARISKAN? Adam te...

MELANGKAH PENUH PAHALA

 MELANGKAH PENUH SEMANGAT Pernah main Subway Surf? Setiap pemain pasti akan target untuk mencapai high score dan mengumpulkan banyak duit, kan? Begitu juga jalan ke masjid. Siap berwuduk dan jawab azan, misi utama kita adalah solat ke masjid. Ini ada beberapa motivasi ke masjid. Rasulullah bersabda,  “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti pahala orang yang haji yang sedang ihram.” (HR: Ahmad 22304, Abu Daud 558. Dinilai Hasan oleh Al-Albani) Diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Jabr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak akan disentuh oleh api neraka kedua kaki hamba yang berdebu menuju ke jalan Allah. Riwayat al-Bukhari (2811) Malah ada ada waktu tertentu yang beserta ganjaran! Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:  "Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang hari." (HR B...

KEJAYAAN DATANG MASJID

  KEJAYAAN DATANG MASJID (2x)  حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (2x)  حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ Marilah mendirikan solat. (2x) Marilah kepada kejayaan. (2x) Kejayaan, setiap kali perkataan ini mucul, 2 benda saya fikir. Surah Al Asr Surah Ali Imran 185 Berkenaan surah pertama, ada 3 perkataan yang mesti dihighlightkan. Masa: Masa didunia, bagaimana dimanfaatkan Kerugian: Masa disia siakan akan beri rugi pada diri sendiri. Iman dan Amal Soleh: Saling berkait. Buya Hamka menjelaskan poin ini dengan beberapa formula. -Akidah + Ibadah = Agama -Iman maka Taat -Taat kerana Iman -Iman - Taat = Bukan mukmin (Nur:47) -Ibadah - Akidah = Ibadah sia sia (Nur: 39) Cuba teka, siapakah ahli ibadah paling soleh akhirnya dikutuk kerana tidak taat perintah sujud pada manusia? Siapa ya?  Itulah Iblis yang beriman tapi menolak perintahNya. Bagaiamana harini, ramai berperangai Iblis. Men scary kan. Apa antonim kerugian? kejayaan antaranya. Dalam surah kedua diatas ada se...