Skip to main content

 Bukan semua muslim beriman,

tetapi mukmin itu pasti muslim.

.......................................................................................................................................

Faham tak intro?

.......................................................................................................................................

Well, hari ini saya nak ingatkan 1 perkara yang berulang dalam Quran.

Hanya orang beriman masuk syurga.

Hanya orang beramal soleh boleh masuk syurga.

Betullah, awak kan baca Quran mesti selalu jumpa ayat yang sebut syarat masuk syurga.

Tapi saya pelik.

Saya menulis di bulan Ramdan 1446, Alhamdulillah. Tapi saya tengok masih ramai muslim yang tidak menjaga mulut. Bukan yang berbuka awal. Tapi kegiatan mencarut, menghina, mencela, mengumpat, memfitnah!

Kepada umat Islam yang inginkan syurga,

jika semua kegiatan itu sudah diamalkan, segeralah bertaubat. Anda telah melanggar syarat masuk syurga. Semua kegiatan di atas termasuk dalam amalan buruk dan tidak soleh. Dan orang beriman dilarang melakukan kegiatan ini;

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

Ayuh renung rukun iman;

BERIMAN PADA ALLAH

  1. Siapa bagi mulut?
  2. Siapa still bagi kita bercakap?
Disamping itu, bukan takat mulut je problem. Jari pun problem;

  1. Siapa bagi jari?
  2. Siapa still bagi kita menaip?
  3. Kau kutuk orang buat silap dan tak hensem tu, siapa yang ciptakan orang tu?
  4. Bukankah Allah itu 'Maha mendengar'?
  5. Kita nak Allah makbulkan doa, tapi kita amcam tak perasan Allah sentiasa dengar walaupun kita tengah mancarut

PADA MALAIKAT

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ اِلَّا لَدَيْهِ رَقِيْبٌ عَتِيْدٌ   

Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat). 

(Qaf:18)

"Andai kamu beli kertas untuk malaikat pencatat, pasti kamu banyak diam."

(Ulama')

PADA KITAB

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُوْنُوْا خَيْرًا مِّنْهُمْ

 وَلَا نِسَاۤءٌ مِّنْ نِّسَاۤءٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّۚ

 وَلَا تَلْمِزُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوْا بِالْاَلْقَابِۗ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوْقُ بَعْدَ الْاِيْمَانِۚ 

وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ  

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) 

dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain (karena) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok).

 Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. 

Dan barangsiapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. 

(Hujurat:11)

PADA RASUL

Saya tahulah awak tengah marah, tapi tak perlulah mencela. Rasulullah SAW kena baling batu ada tak mengutuk?

PADA HARI AKHIRAT

Adakah bila Allah SWT dengar dan malaikat catat dosa kita, tiada balasan? 

tidak, pasti ada balasan!

Mungkin kerana 1 kalimah, kita jatuh ke neraka?

Taubatlah...


Comments

Popular posts from this blog

JESUS VS NABI ISA

  KRISTIAN JESUS ANAK TUHAN? Jesus dilahirkan oleh Maria disebabkan oleh Roh Kudus (roh yang suci). Dia diangkat sebagai anak tuhan. Sebenarnya ada dalil Jesus adalah anak manusia iaitu Maria. Matius 26:2 "Kamu tahu bahawa dalam dua hari lagi Paskah akan dirayakan, dan Anak Manusia (Jesus) akan diserahkan untuk disalibkan."     Kalau Jesus diangkat Tuhan kerana dilahirkan tanpa bapa, Adam lebih hebat. Tanpa ibu bapa! JESUS MANUSIA BIASA? Matius 4:2 “Sesudah berpuasa empat puluh hari empat puluh malam, akhirnya Yesus pun lapar .” Yohanes 19:28 “Setelah Yesus tahu bahwa segala sesuatu sudah selesai, berkatalah Ia supaya genaplah firman itu: Aku haus .” Yohanes 4:6 “Di situ ada sumur Yakub. Yesus yang sudah lelah dalam perjalanan duduk di tepi sumur...” Matius 26:38 “Maka kata Yesus kepada mereka: 'Jiwaku sangat sedih , sampai hampir mati...'" Markus 15:37 “Yesus mengerang dengan suara nyaring dan menyerahkan nyawa-Nya ( mati ).” DOSA ADAM DIWARISKAN? Adam te...

MELANGKAH PENUH PAHALA

 MELANGKAH PENUH SEMANGAT Pernah main Subway Surf? Setiap pemain pasti akan target untuk mencapai high score dan mengumpulkan banyak duit, kan? Begitu juga jalan ke masjid. Siap berwuduk dan jawab azan, misi utama kita adalah solat ke masjid. Ini ada beberapa motivasi ke masjid. Rasulullah bersabda,  “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti pahala orang yang haji yang sedang ihram.” (HR: Ahmad 22304, Abu Daud 558. Dinilai Hasan oleh Al-Albani) Diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Jabr R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak akan disentuh oleh api neraka kedua kaki hamba yang berdebu menuju ke jalan Allah. Riwayat al-Bukhari (2811) Malah ada ada waktu tertentu yang beserta ganjaran! Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:  "Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang hari, maka Allah menyediakan untuknya suatu hidangan di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang hari." (HR B...

KEJAYAAN DATANG MASJID

  KEJAYAAN DATANG MASJID (2x)  حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (2x)  حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ Marilah mendirikan solat. (2x) Marilah kepada kejayaan. (2x) Kejayaan, setiap kali perkataan ini mucul, 2 benda saya fikir. Surah Al Asr Surah Ali Imran 185 Berkenaan surah pertama, ada 3 perkataan yang mesti dihighlightkan. Masa: Masa didunia, bagaimana dimanfaatkan Kerugian: Masa disia siakan akan beri rugi pada diri sendiri. Iman dan Amal Soleh: Saling berkait. Buya Hamka menjelaskan poin ini dengan beberapa formula. -Akidah + Ibadah = Agama -Iman maka Taat -Taat kerana Iman -Iman - Taat = Bukan mukmin (Nur:47) -Ibadah - Akidah = Ibadah sia sia (Nur: 39) Cuba teka, siapakah ahli ibadah paling soleh akhirnya dikutuk kerana tidak taat perintah sujud pada manusia? Siapa ya?  Itulah Iblis yang beriman tapi menolak perintahNya. Bagaiamana harini, ramai berperangai Iblis. Men scary kan. Apa antonim kerugian? kejayaan antaranya. Dalam surah kedua diatas ada se...